Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iMac Baharu, Ini Semua Yang Anda Patut Tahu

iMac Baharu, Ini Semua Yang Anda Patut Tahu

Diterbitkan Februari 20, 2023 ยท Dikemas kini Februari 20, 2023 oleh Firdaus

Apple didakwa bakal melancarkan iMac yang baharu pada 2023 yang memfokuskan cip pemprosesan Silicon dan teknologi baharu. Berikut adalah perbaharuan yang dikhabarkan bakal dibawa oleh Apple.

Rekaan

iMac Baharu, Ini Semua Yang Anda Patut Tahu
iMac Baharu, Ini Semua Yang Anda Patut Tahu

Model baharu ini mempunyai skrin yang lebih luas tetapi bezelnya juga dikatakan lebih kecil juga. Selain itu, tapak iMac baharu ini tampak lebih serupa dengan versi 24 inci.

Ramai berharapkan Apple memperkenalkan tapak kaki boleh laras untuk model baharu ini. Tetapi besar kemungkinan, saya rasa Apple tiada hasrat untuk memperkenalkan ciri tersebut.

Paparan

The new iMac may have a 27-inch display with ProMotion and mini-LED

Berdasarkan maklumat yang saya kongsikan di atas, model baharu ini diura-urakan hadir dengan skrin yang lebih besar – 30 inci dan ke atas. Tetapi banyak pihak mengatakan Apple hanya akan menawarkan saiz hingga 27 inci sahaja.

Mengikut sumber, versi iMac Pro akan mempunyai teknologi ProMotion, mini-LED, dan ketumpatan piksel yang lebih tinggi. Teknologi ProMotion membolehkan iMax baharu ini menyokong kadar segar semula hingga 120Hz.

Terdapat juga sumber mengatakan Apple mungkin meningkatkan bilangan piksel untuk menyokong skala 2x Retina dan mungkin guna paparan 5.5K.

Cip Pemprosesan

Apple M3

Menurut Mark Gurman, Apple mungkin akan memperkenalkan iMac baharu ini pada lewat 2023. Hal ini demikian kerana Apple akan menunggu siri M3 dilancarkan terlebih dahulu.

Oleh itu, kita boleh agak yang ianya mustahil bagi Apple untuk melancarkan iMac baharu yang dikuasakan cip M2 yang telah lama diperkenalkan.

Tarikh Pelancaran dan Harga

Setakat ini, kami tidak dapat nak membuat sebarang jangkaan yang relevan disebabkan pelbagai siri produk yang telah Apple tamatkan seperti iMac dan iMac Pro 27 inci.

Namun, iMac baharu mungkin diperkenalkan pada hujung tahun ini sekiranya Apple bercadang nak melancarkan iMac pada tahun 2023.

Berkaitan

  • Seumpama Twitter, Meta Perkenal Langganan Pengesahan Berbayar Di Instagram Dan Facebook
  • Uni5G, Pelan Pascabayar Baharu Unifi Yang Merangkumi 4G Dan 5G Serendah RM39/Bulan
  • Sony Didakwa Perlihatkan 4 Peranti Audio Baharu Untuk Tahun 2023
  • KPDN Perkenal Portal Menu Rahmah Dengan Direktori Lokasi Premis Jualan
  • WhatsApp Tawar Pek Pelekat Avatar Baharu Untuk iOS Dan Android

Tentang harga, iMac 24 inci dikatakan hadir pada harga permulaan USD1,299 (~RM5,750.00), iMac 27 inci pula bermula pada harga USD1,799 (~RM7,965.00). Sementara itu, versi Pro pula dianggarkan dijual pada harga permulaan USD1,999 (~RM8,850.00) atau lebih tinggi lagi.

Sumber: Apple Insider

Gambar utama: Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY