Juga adalah superbike berprestasi tinggi yang mampu menjana kuasa lebih daripada 200hp.
Damon Motorcycles di CES 2020 hari ini telah mempertontonkan kepada pengunjung pameran sebuah motorsikal elektrik yang dibangunkan bukan sahaja berkuasa tinggi, tetapi juga didakwa sebagai sebuah jentera paling pintar dan selamat ditunggang.
Selain didakwa mampu menjana kuasa kuda sehingga lebih daripada 200hp dengan tork mencapai 200nm serta dikatakan mampu ditunggang sejauh 200 batu setiap kali dicas penuh, Superbike Damon Hypersport turut dilengkapi dengan sistem kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai CoPilot™ iaitu ciri keselamatan pintar termaju dari teknologi BlackBerry QNX.
Sekaligus meletakkan standad ciri keselamatan motorsikal pada tahap baru untuk generasi motorsikal pada masa hadapan.
Menerusi CoPilot, superbike ini mampu mengesan mengesan sebarang bahaya, situasi trafik, keadaan jalan serta data lain yang sentiasa dikemaskini bagi memaklumkan kepada penunggang. Ia juga dilengkapi dengan sokongan teknologi rangkaian tanpa wayar 4G, Wi-Fi dan Bluetooth.
"This level of deep learning and connectivity are unprecedented, ensuring each rider a smarter, safer and connected ride; not only for individuals but for entire communities, with the goal to reduce incidents worldwide". Dom Kwong, Pembangun bersama dan CTO Damon Motorcycles.
Hypersport berharga dari USD24,995.00 dan sudah pun boleh dipra tempah pembeli hari ini.
https://www.youtube.com/watch?v=UnnhitEcUbI&feature=youtu.be
Berkaitan
- Ini 10 Carian Telefon Pintar Paling Sohor Kini Di Malaysia 2023
- Xiaomi Kembali Rampas Takhta Telefon Pintar Nombor 1 Di Malaysia
- Samsung Dan LG Dilaporkan Sedang Membangunkan Monitor Mudah Alih Untuk Telefon Pintar
- iPhone 11 Mendahului 10 Telefon Pintar Paling Popular Bagi Suku Pertama 2020
- heyplus Menghangatkan Lagi Pasaran Jam Pintar Di Malaysia, 3 Model Bakal Di bawa Masuk September Ini
- Papan Pintar Sharp Bantu Guru Malaysia Wujudkan Bilik Darjah Pintar
- Aplikasi ZUS Coffee, Family Mart Dan Gigi Coffee Akan Lebih Mesra Telefon Pintar Lipat Samsung
- PineTime, Jam Pintar Dari Pine64 Yang Hanya Akan Dijual Pada Harga USD25
- Telefon Pintar Didakwa Punca 2 Kereta Terbakar Di China
- Pengguna Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini Oktober