Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemuda Nyaris Maut Terminum Asid Ketika Sedang Bermain PUBG

Hukuman Sebat Disyor Dikenakan Ke Atas Pemain PUBG

Diterbitkan Oktober 27, 2020 oleh ariff bukhari

Sebelum ini pernah dilaporkan berkaitan isu fatwa bermain permainan telefon pintar popular, Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) sebagai haram oleh Kounsil Ulama Indonesia pada tahun lalu.

Kini dilaporkan pula desakan oleh Majlis Ulama Aceh (MPU) yang mendesak supaya pihak berkuasa di Wilayah Aceh supaya melaksanakan hukuman sebat ke atas pemain permainan video atas talian yang berunsur ganas seperti PUBG.

Menurut MPU, hukuman sebat wajar dilaksanakan kerana permainan video bersifat ganas adalah haram mengikut Undang-Undang Kanun Jenayah, Qanun Jinayat, di wilayah berkenaan.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan hukuman Syariah seperti pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai.

Walaupun isu fatwa pengharaman permainan PUBG adalah kontroversi di Indonesia, namun ia tidak menghalang Bigetron Red Aliens iaitu pasukan PUBG dari Indonesia untuk memenangi kejuaran dunia di kejohanan Fall Split Global PUBG Mobile Club Open (PMCO) yang diadakan di Kuala Lumpur Disember tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY