Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ulama Indonesia Aceh Mengeluarkan Fatwa Permainan PUBG Sebagai Haram

Ulama Indonesia Aceh Mengeluarkan Fatwa Permainan PUBG Sebagai Haram

Diterbitkan Jun 21, 2019 oleh ariff bukhari

Permainan tersebut didakwa menghina Islam.

Kounsil Ulama Indonesia menggesa supaya pihak berkuasa tempatan Indonesia segera menguatkuasakan pengharaman permainan peranti pintar paling popular di dunia, PlayerUnknown´s Battlegrounds (PUBG) daripada dimainkan di Indonesia.

Ia mula disuarakan oleh pihak ulama Indonesia Aceh menerusi Timbalan Pengerusi Majlis ulama Aceh, Faisal Ali.

Beliau menyatakan fatwa mereka menegaskan bahawa permainan PUBG dan permainan yang seumpamanya adalah haram kerana ia boleh menjadi penyebab kepada perlakuan ganas. Malah beliau juga mendakwa permainan tersebut menghina agama Islam.

Beliau menambah, mereka telah melihat kanak-kanak mahupun orang dewasa di Aceh sudah mula ketagihan bermain permainan PUBG pada peranti mereka dan ia sesuatu yang amat membimbangkan.

Oleh itu mereka menggesa pihak berkuasa tempatan Indonesia supaya mengharamkan permainan itu daripada dimainkan.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang Islam di mana hukuman sebatan adalah hukuman yang biasa dilaksanakan kepada penduduk awam di sana untuk pelbagai kesalahan, termasuklah menjual arak, berzina dan amalan seks songsang.

Sebelum ini, telah dilaporkan beberapa buah negara lain telah pun mula mengharamkan permainan tersebut dimainkan di negara mereka seperti di China, Iraq dan India.

Sumber: THE NEWS INTERNATIONAL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY