Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarat Dan Cara Untuk Dapatkan Bantuan Bagi Kenderaan Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir

Hujan Lebat Luar Biasa Punca Banjir Di Kuala Lumpur Dan Lembah Klang, Kini Menuju Sabah Pula

Diterbitkan Mac 8, 2022 oleh ariff bukhari

Semalam telah berlaku banjir teruk melanda beberapa kawasan di Malaysia seperti yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang petang semalam.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA), kejadian banjir itu berpunca daripada hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam sehingga menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi.

Berikutan itu, pihak KASA menyatakan, bagi mengurangkan risiko banjir kilat ini, Jabatan Pengairan Dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPSWPKL) sedang melaksanakan kerja pembaikan dan menaiktaraf kolam takungan banjir di sekitar WP Kuala Lumpur termasuklah Projek Mitigasi Banjir Sungai Bunus serta Kolam Takungan Lencongan Batu.

Untuk ramalan cuaca dari 8 hingga 9 Mac ini pula, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (peringkat Waspada) untuk negeri Sabah dan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama dan kedua) untuk kawasan perkapalan di Laut China Selatan berkuat kuasa dari 8 hingga 11 Mac 2022.

Sumber: KASA, MET Malaysia

Baca juga:

  • Syarat Dan Cara Untuk Dapatkan Bantuan Bagi Kenderaan Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir
  • Malaysia Akan Perluas Sistem Amaran Banjir Di seluruh Negara Pada Tahun Ini
  • Mangsa Banjir Boleh Dapat Rebat RM500 Untuk Beli Barang Elektrik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY