Siri Huawei Mate 40 Dilancarkan - Kamera Utama 50MP, Zum Optikal Sehingga 17x Dan Cip Kirin 9000 Lebih Pantas

Hari ini Huawei telah melancarkan siri Mate 40 dengan 3 model di bawahnya - Mate 40, Mate 40 Pro, dan Mate 40 Pro+. Penamaan ini adalah mengikuti siri P40 dan berbeza dengan Mate 30 yang hanya hadir dengan 2 model sahaja.

Dengan siri Mate 40, Huawei memperkenalkan cip Kirin 9000 lebih berkuasa, rekaan modul kamera berbeza, serta teknologi kamera sentuhan Leica lebih dipertingkatkan.

Huawei Mate 40


Skrin Huawei Mate 40 adalah dari 6.5 inci Flex OLED dengan resolusi FHD+, dilengkapi DCI-P3, HDR, kadar segar semula 90Hz, input sentuh 240Hz dan lengkung sisi Horizon Display 68 darjah untuk genggaman selesa.



Untuk kamera, terdapat 4 lensa di belakang memuatkan 50MP RYYB f/1.9 (utama), 16MP f/2.2 (sudut lebar), 8MP 5x zum optikal dengan OIS (telefoto) dan lensa TOF 3D.

Swafoto pula adalah dari punch-hole yang menggunakan sensor 13MP.

Mate 40 Pro dijana oleh cip Kirin 9000E yang merupakan cip terbaharu Huawei, namun sedikit rendah dari segi kuasa pemprosesan berbanding Kirin 9000. RAM adalah sehingga 8GB serta storan dalaman 128GB.

Bateri pula dikuasakan oleh 4,200mAh dengan pengecasan pantas 66W dan tanpa wayar 50W.



Harga jualan Mate 40 adalah dari 899 Euro (~RM4,406) di Eropah.

Huawei Mate 40 Pro


Dari segi rekaan belakang, Mate 40 dan Mate 40 Pro berkongsi rekaan yang sama namun hadapan sedikit berbeza.

Huawei Mate 40 Pro mempunyai saiz skrin lebih besar 6.76 Flex OLED dengan resolusi FHD+, DCI-P3, HDR, 90Hz, dan input sentuh 240Hz seperti Mate 40 biasa. Namun sisinya adalah lebih melengkung dengan 88 darjah Horizon Display.

Ia berbeza dengan Mate 40 kerana menggunakan skrin dengan dwi kamera lubang menempatkan lensa swafoto 13MP utama serta TOF 3D.



Bahagian kamera juga sedikit dipertingkatkan dengan pada sudut lebar dengan apertur lebih besar, kembalinya lensa periskop yang mampu zum lebih jauh.

4 lensa tersebut adalah 50MP RYYB f/1.9 (utama), 20MP f/1.8 (sudut lebar Cine), 12MP 7x zum optikal dengan OIS (periskop) dan lensa TOF 3D.

Mate 40 Pro dijana oleh Kirin 9000 yang lebih pantas dengan padanan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

Bateri adalah sedikit besar berbanding Mate 40 biasa dengan 4,400mAh, namun masih dikuasakan pengecasan pantas 66W dan tanpa wayar 50W.



Harga jualan Mate 40 Pro adalah dari 899 Euro (~RM5,877) di Eropah.

Huawei Mate 40 Pro+


Mate 40 Pro+ merupakan yang paling menarik kerana ia adalah telefon paling berkuasa dan berteknologi yang pernah dihasilkan Huawei.

Skrinnya adalah sama saiz dengan Mate 40 Pro+ yang berukuran 6.76 Flex OLED namun menawarkan resolusi skrin lebih tinggi pada 1344 x 2772. Skrin ini masih lagi menyokong 90Hz, DCI-P3, HDR, input sentuh 240Hz dan lengkung sisi Horizon Display.



Kamera adalah di mana Mate 40 Pro+ lebih gempak. Naik tarafnya adalah dari sudut lebar dengan optik lebih baik serta kemampuan zum lebih tinggi.

Secara keseluruhan, ia mempunyai 5 lensa dengan 50MP RYYB f/1.9 (utama), 20MP f/2.4 (sudut lebar Cine) dengan lensa free-form, 8MP 10x zum optikal f/4.4 dengan OIS (periskop), 12MP 3x zum optikal dengan OIS f/2.4 (telefoto) dan lensa TOF 3D.

Swafoto pula adalah dari 13MP utama dan 3D TOF sama seperti Mate 40 Pro.



Sama seperti Mate 40, Mate 40 Pro+ dijana oleh Kirin 9000 dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB.

Baterinya adalah sama dengan Mate 40 Pro iaitu 4,400mAh, pengecasan pantas 66W, dan tanpa wayar 50W.

Harga jualan untuk Huawei Mate 40 Pro+ adalah 1399 Euro (~RM6,860).

*Sedang dikemaskini

 

 

Berkaitan