Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kemaskini android huawei

Huawei Sahkan Peranti Huawei Dan Honor Akan Terus Menerima Kemas Kini

Posted on Ogos 19, 2020

Kebanyakan pengguna Huawei berada dalam kegusaran memikirkan nasib peranti dengan perkhidmatan Google. Kini, anda mungkin boleh menarik nafas lega dengan pengesahan dari Huawei. Syarikat itu mengesahkan peranti Huawei dan Honor sedia ada akan terus menerima kemas kini perisian dan keselamatan.

Hi there, thank you for your message. There is no impact on existing devices. We will continue to share security and software updates to our devices, as we always have. If you have any questions, please let us know via DM.

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) August 17, 2020

Huawei menyatakan peranti yang dihasilkan sebelum 16 Mei 2019 tidak akan terkesan dan terus menerima kemas kini. Bagi peranti baharu yang tidak didatangkan dengan Google Mobile Services (GMS), kemas kini akan dilakukan melalui Huawei AppGallery.

Sebelum ini, lesen sementara Huawei yang telah tamat tempoh menimbulkan spekulasi jika peranti lama Huawei dan Honor akan dihentikan untuk menerima kemas kini Android dari Google.

Bagi pihak Google, ia mengatakan akan terus memberikan kemas kini selagi kerajaan Amerika Syarikat membenarkannya. Dengan lesen sementara Huawei yang telah tamat tempoh, tiada petunjuk jika Google akan terus menghantar kemas kini.

Sekali lagi, anda mungkin perlu menunggu kenyataan rasmi dari pihak Google berkenaan isu ini.

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress