Huawei Nova 7i Terima Harga Rasmi Baharu RM899, Huawei Nova 7 SE Pula Pada RM1,299

Huawei Nova 7i merupakan salah satu model dalam siri Nova 7 yang telah diperkenalkan pada Februari 2020 yang dijual pada harga RM1,099.

Ia membawakan cip Kirin 810, skrin 6.4 inci LCD, kamera utama 48MP dan bateri 4,200mAh. Bermula hari ini, telefon pintar ini mendapat harga jualan rasmi baharu iaitu RM899.



Huawei Nova 7 SE kemudiannya telah diperkenalkan pada Jun 2020 membawakan spesifikasi lebih berkuasa pada harga RM1,499. Ia hadir dengan cip Kirin 820, skrin 6.5 inci LCD, bateri 4,000mAh dan kamera utama 64MP.

Kini, harga jualan rasminya turut diturunkan kepada RM1,299.

Penurunan harga ini bukanlah promosi terhad sebaliknya merupakan harga jualan baharu yang bermula 1 Disember, yakni hari ini.

Anda boleh memiliki kedua-dua Huawei Nova 7i dan Nova 7 SE di kedai fizikal Huawei Store dan juga Huawei Experience Store di seluruh Malaysia.