Penawaran kemaskini EMUI 10 berasaskan Android 10 kini telah memasuki fasa seterusnya dimana sebelum ini ia ditawarkan kepada Huawei P30 dan siri Huawei Mate 20.

Mengambil giliran adalah Huawei Nova 5T yang mana pada awal pengenalannya mengoperasikan sistem EMUI 9.0 berasaskan Android 9 Pie .Kemaskini  EMUI 10 bagi Nova 5t dikhabarkan sudah mula dilepaskan untuk pengguna global dan naik taraf kepada Android 10 dengan versi 10.0.0.168  akan diterima.

Hadir dengan saiz kemaskini 4.5GB ia membawakan sejumlah pembaharuan serta antaramuka yang direka semula. Kemaskini naik taraf ini dilepaskan secara berperingkat dan bagi anda pemilik Huawei Nova 5T diminta bersabar disamping menyemak penawaran tersebut pada Settings > System > Software update > Check for Updates atau melalui aplikasi HiCare > Update > Check for Updates.

IKLAN

Sumber: Huawei Central