Huawei Mungkin Sudah Membina Sistem Operasi Mereka Sendiri Untuk Kegunaan Telefon Pintar

Berita mengenai larangan ZTE untuk mengimport bahan teknologi dari Amerika Syarikat telah mengingatkan syarikat-syarikat China lain yang mereka bila-bila sahaja boleh menghadapi masalah besar dalam urusan jual-beli terutamanya untuk pasaran Amerika Syarikat.

Setakat ini, syarikat China masih mengharapkan teknologi dari syarikat teknologi Amerika Syarikat untuk menghasilkan produk akhir sebelum dijual ke pelanggan mereka seluruh dunia.

Salah satu teknologi yang digunakan oleh pengeluar-pengeluar peranti China adalah sistem operasi. Sistem operasi Android dimiliki sepenuhnya oleh Google dan Huawei dikatakan sedang menyiapkan diri sebelum perkara yang berlaku kepada ZTE juga berlaku kepada mereka.

Huawei Technologies dikatakan sudah membangunkan sistem operasi telefon pintar mereka sendiri dan sistem operasi tersebut juga boleh digunakan untuk rangkaian tablet dan komputer riba mereka.

Namun, Huawei tidak mahu mengeluarkan sistem operasi yang belum diketahui namanya lagi itu untuk pasaran ketika ini dan hanya akan berbuat demikian jika sistem operasi tidak lagi dapat digunakan oleh mereka.

Untuk pengetahuan pembaca, bukan Huawei sahaja pernah menghasilkan sistem operasi mereka kerana Samsung sudah mempunyai Tizen, sistem operasi mereka yang digunakan untuk sesetengah peranti Samsung.

Sistem-sistem operasi lain termasuk adalah Windows Mobile OS dan Symbian dari Nokia, sistem operasi pertama yang wujud untuk telefon pintar sebelum Android.