Malam tadi, selain melancarkan sistem operasi HarmonyOS, mereka turut memperkenalkan tiga tablet baharu, iaitu MatePad Pro 12.8 inci, MatePad Pro 10.8 inci dan MatePad 11.
Bukan sahaja kesemuanya menjalankan HarmonyOS 2.0, mengejutkan lagi, dua daripada tablet tersebut dikuasakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon.
MatePad Pro dilihat mahu bersaing secara terus terhadap Apple iPad. Varian lebih besar, dilengkapi skrin 12.6 inci OLED dengan nisbah 16:10, hadir dengan gamut warna DCI-P3 dan nisbah kontras 1 juta:1.
Baca juga – HarmonyOS Rasmi, Ekosistem Huawei Sudah Bermula
Sementara varian satu lagi lengkap dengan skrin 10.6 inci IPS LCD serta kadar penyegaran 120Hz. Mereka juga mempunyai 8 pembesar suara yang ditala Harman Kardon dan 4 mikrofon.
Namun, varian 12.6 inci ini dijana cip Kirin 9000E. Manakala varian 10.8 inci dikuasakan Snapdragon 870. Masing-masing dipadankan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB.
Bekalan kuasa sebesar 10,050mAh pada MatePad Pro 12.6 inci yang mana Huawei mendakwa ia mampu bertahan hingga 14 jam dengan sekali cas. Tablet ini menyokong pengecasan pantas 40W, 27W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik. Sementara varian 10.8 inci hadir dengan 7250mAh.
Baca juga – HarmonyOS Tidak Terhad Untuk Peranti Huawei
Pada masa yang sama, tablet Pro ini juga menyokong M-Pencil generasi baharu dimana lebih lancar dan latensi yang rendah.
Akhir sekali, beralih pada MatePad 11 pula, ia tampil dengan skrin berukuran 10.95 inci, kadar penyegaran 120Hz dan kuad-pembesar suara Harman Kardon.
Lain-lain, Snapdragon 865 dengan bateri 7250mAh menguasakan tablet ini. Selain itu, turut diganding dengan 6GB RAM dan 128GB storan serta masih menyokong M-Pencil baharu.
Harga jualan bermula 4999 yuan (~RM3228) untuk MatePad Pro 12.6 inci versi 128GB WiFi. Sementara MatePad Pro 10.6 inci pula berharga 3799 yuan (~RM2453).
Baca juga – Aplikasi Pelayar Ini Didakwa Menjejak Data Penggunanya Walau Dalam Mod Privasi