Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store Mengeluarkan Aplikasi UC Browser Dari Senarai Mereka

Aplikasi Pelayar Ini Didakwa Menjejak Data Penggunanya Walau Dalam Mod Privasi

Diterbitkan Jun 2, 2021 · Dikemas kini Jun 3, 2021 oleh ariff bukhari

Aplikasi pelayar sesawang UC Browser sekali lagi berdepan kontroversi apabila aplikasi itu didakwa menjejak data penggunanya walaupun sedang digunakan dalam mod privasi “incognito“.

Seperti semua sedia maklum, apabila melayari dalam mod incognito, sepatutnya semua laman sesawang atau perkataan carian yang dibuat dalam mod tersebut tidak akan direkodkan.

Tetapi menurut seorang penyelidik keselamatan bernama Gabi Cirlig, beliau mendapati perkara sebaliknya berlaku pada pelayar UC Browser.

Baca juga: Sekali lagi Pengguna Aplikasi UC Browser Di Peranti Android Terdedah Kepada Serangan MiTM

Beliau mendapati, data yang dijejaki itu dikesan dihantar kepada pelayan Alibaba. Beliau menyatakan bahawa perkara seumpama ini dilihat sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa mempedulikan privasi penggunanya.

Isu penjejakan aplikasi ini berlaku pada pengguna peranti Android dan juga iOS.

Aplikasi UC Browser dimiliki oleh gergasi stor e-dagang China iaitu Alibaba Group dan dibangunkan oleh UCWeb.

Ia juga merupakan salah satu pelayar paling popular di dunia dengan dianggarkan lebih daripada 500 juta aplikasi itu dipasang dalam peranti Android sahaja.

Sumber: Forbes

Baca juga: Perisian Intip Terbaru Dari Russia Menyamar Dalam Pelbagai Kategori Aplikasi Popular Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY