Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI FreeBuds 4

HUAWEI FreeBuds 4 Dengan Pembatalan Hingar 2.0 Dilancarkan

Diterbitkan Julai 6, 2021 · Dikemas kini Julai 6, 2021 oleh ariff bukhari

Fon telinga tanpa wayar terbaru, HUAWEI FreeBuds 4 telah dilancarkan hari ini. Fon telinga terbaru ini dilengkapi dengan teknologi pembatalan hingar 2.0 serta menyokong bunyi beresolusi tinggi.

HUAWEI FreeBuds 4 boleh disambungkan dengan pelbagai peranti dalam ekosistem Huawei termasuklah telefon pintar, tablet, komputer, jam pintar atau HUAWEI Vision serta dengan mana-mana peranti yang menjalankan sistem Android, iOS atau Windows.

Sebanyak 2 peranti pula boleh disambungkan secara serentak dengan HUAWEI FreeBuds 4.

HUAWEI FreeBuds 4 didatangkan dalam 2 pilihan warna iaitu Silver Frost dan Ceramic White yang dijual pada harga RM599.00.

Bagi pembeli yang membuat pra tempah HUAWEI FreeBuds 4, mereka akan turut mendapat HUAWEI Band 4 yang berharga RM139.00.

HUAWEI FreeBuds 4 Pre-Order

Tempahan awal boleh dibuat menerusi HUAWEI Store Online dan rakan stor HUAWEI yang terlibat seperti Lazada HUAWEI Flagship Store,Shopee HUAWEI Official Store dan Senheng.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi HUAWEI FreeBuds 4, anda boleh layari laman rasmi Huawei.com/my

Baca juga: Sebanyak 3 Model HUAWEI MatePad Dilancarkan, Dikuasakan Oleh HarmonyOS 2

HUAWEI nova 8i Dilancarkan, Menyokong Pengecasan Pantas 66W

HUAWEI Melancarkan nova 8i Bersama Barisan Tablet, Monitor, Jam Pintar Dan Fon Telinga Terbaru Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY