Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI Melancarkan nova 8i Bersama Barisan Tablet, Monitor, Jam Pintar Dan Fon Telinga Terbaru Hari Ini

HUAWEI Melancarkan nova 8i Bersama Barisan Tablet, Monitor, Jam Pintar Dan Fon Telinga Terbaru Hari Ini

Diterbitkan Julai 6, 2021 · Dikemas kini Julai 6, 2021 oleh ariff bukhari

Huawei hari ini telah melancarkan barisan produk terbaru mereka secara khusus untuk pengguna-pengguna di negara rantau Asia Pasifik.

Sebanyak 6 produk utama Huawei telah dilancarkan hari ini termasuklah 3 siri tablet HUAWEI MatePad terbaru, model terbaru telefon pintar HUAWEI nova 8i, 2 model terbaru jam pintar HUAWEI WATCH 3, fon telinga HUAWEI FreeBuds 4 serta 2 monitor berprestasi tinggi iaitu the HUAWEI MateView dan MateView GT.

HUAWEI nova 8i Pre-Order
Model tebaru telefon pintar huawei antara yang dinanti-nantikan peminat.

Bagi peminat yang menunggu-nunggu jam pintar dari Huawei, model HUAWEI WATCH 3 dan HUAWEI WATCH 3 Pro akan mula berada di pasaran tempatan pada 7 Julai 2021 ini (esok) dengan masing-masing dijual pada harga RM 1,699.00 dan RM 2,199.00.

HUAWEI WATCH 3 Series Available Now

Manakala bagi barisan produk Huawei terbaru yang lain, ia boleh dipra-tempah bermula esok iaitu 7 Julai 2021 menerusi HUAWEI Store Online dan rakan stor HUAWEI yang terlibat seperti Lazada HUAWEI Flagship Store,Shopee HUAWEI Official Store dan Senheng.

HUAWEI FreeBuds 4 Pre-Order
Huawei menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pembeli yang membuat tempahan awal bagi semua produk terbaru yang dilancarkan hari ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY