Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei acah

HUAWEI Akan Lancar Telefon Dengan Kamera 108MP, Mungkin nova 9 SE

Diterbitkan Mac 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

HUAWEI sudah semestinya nama yang tidak asing dalam kalangan pengguna sama ada tempatan mahupun antarabangsa. Kalau bukan kerana sekatan Amerika Syarikat, pastinya lebih ramai dalam kalangan kita hari ini masih menggenggam peranti HUAWEI di tangan.

HUAWEI Malaysia dalam kenyataan terbaru mereka memberikan sedikit pembayang tentang sebuah peranti yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Telefon pintar ini dikatakan direka untuk golongan muda dengan beberapa ciri yang sesuai untuk penggunaan media sosial masa kini.

Ia akan dilengkapkan sistem 4 kamera dengan 108MP untuk penghasilan gambar yang terang dalam apa jua keadaan cahaya.

Menariknya, ia akan hadir dengan sebuah ciri dinamakan Super Vlog yang membolehkan pengguna mengalih penggunaan kamera belakang dan swafoto dengan lancar dalam satu rakaman. Ciri Dual-View Video pula membenarkan penggunaan serentak kedua-dua kamera belakang dan swafoto dalam satu rakaman.

Melihat kepada pembayang diberikan, berkemungkinan besar ia merupakan nova 9 SE kerana peranti itu dilaporkan turut hadir dengan kamera 108MP.

Buat pengetahuan, ini adalah telefon pertama HUAWEI yang menampilkan kamera beresolusi tinggi.

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan telefon yang akan dibawa HUAWEI Malaysia ini.

Sumber: Siaran Akhbar HUAWEI

Baca juga:

  • Huawei Akan Ada Teknologi Peranti Untuk Bantu Orang Buta
  • Peranti HUAWEI Ada Diskaun Pada 3 Mac, Ini Antara Tawaran Menarik
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY