Huawei Akan Ada Teknologi Peranti Untuk Bantu Orang Buta

Nama Huawei mungkin sudah kurang popular terutama bagi kategori telefon pintar. Namun, mereka masih lagi rancak dalam pembangunan serta inovasi lain.

Baru-baru ini, Huawei telah mempatenkan sebuah peranti boleh pakai yang mana ia bertujuan untuk membantu individu yang ada masalah penglihatan atau buta.



Berdasarkan paten tersebut, teknologi yang ada pada peranti ini akan memberikan panduan untuk orang buta seperti mengesan halangan ketika berjalan. Dengan ini, individu kelainan upaya tersebut tidak perlu lagi bergantung pada orang lain seperti memimpin tangan.

Tambahan lagi, peranti boleh pakai itu bakal dilengkapi isyarat ultrasonic dan ia akan memantulkan bunyi seterusnya memberikan maklumat yang cukup untuk "mengemudikan" si pemakai.

Walau bagaimanapun, masih belum pasti lagi bilakah Huawei akan memperkenalkan peranti ini kepada umum.

Sumber: ithome

Baca juga: