HTC Melancarkan Desire 19s - Model Kelas Permulaan Dengan Helio P22 Dan 3 Kamera Belakang

Walaupun kelihatan senyap dalam arena pasaran peranti pintar, HTC masih lagi mengeluarkan model-model terkini mereka. Terbaru, mereka melancarkan model kelas permulaan, HTC Desire 19s.

Peranti tersebut mempunyai skrin 6.2 inci LCD dengan resolusi HD+ bersama-sama takuk kecil yang memuatkan kamera swafoto 16MP. Di belakang, ia mempunyai bahan binaan kaca dengan rekaan separa tekstur dan separa kilap. Terdapat 3 kamera belakang dengan 13MP utama + 5MP ultralebar dan 5MP depth.

HTC Desire 19s goes official in Taiwan with entry-level specs and $195 price tag

Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Helio P22 (12nm) bersama-sama RAM 3GB. Storan dalaman peranti bersaiz 32GB dan turut mempunyai sokongan microSD. HTC Desire 19s diperisikan dengan Android 9 Pie disadurkan dengan Sense UI. Bateri pula bersaiz 3,850mAh serta menyokong pengecasan USB-C.

HTC Desire 19s goes official in Taiwan with entry-level specs and $195 price tag

Dalam dua pilihan warna Free Blue dan Yashi Black, HTC Desire 19s dijual pada harga sekitar RM815 untuk pasaran Taiwan buat masa ini.