HP Spectre Folio, Komputer Riba Dengan Kemasan Luar Dari Kulit Asli

Kulit lembu.. Ya, itulah bahan yang digunakan oleh Hewlett Packard (HP) untuk Spectre Folio mereka. Komputer riba itu masih lagi menggunakan bahan logam untuk kerangkanya tetapi untuk bahagian akhir yang dipegang pengguna adalah kulit.

https://youtu.be/BVfkbyxcY5g

Pengguna tidak boleh menanggalkan kemasan kulit tersebut menyangkakan ianya adalah aksesori yang biasa. HP mendakwa Spectre Folio merupakan komputer riba pertama di dunia menggunakan kemasan kulit.

Komputer riba nipis ini juga dijangka dapat memberikan penggunaan sepanjang hari dibantu dengan saiz papan induk yang kecil dalam industri. Sokongan LTE juga boleh disokong HP Spectre Folio dibantu dengan fungsi e-SIM dan nano-SIM yang ada di dalamnya.



Spesifikasi di dalam termasuk skrin paparan 13.3 inci dengan resolusi FHD atau 4K, cip Intel® Core™ generasi ke-8, RAM berkapasiti 8GB (dipertingkatkan ke 16GB), dan ruang storan sehingga 256GB (dipertingkatkan sehingga 2TB).

Harga yang ditawarkan pula adalah bermula dari $1,299 (RM 5,369.42) untuk model Core i5 sehingga $1,399 (RM 5,782.77). Versi warna Cognac Brown akan mula dilancarkan pada bulan ini dengan Bordeaux Burgundy akan bermula pada bulan Disember.