Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Hot Wheels Akan Keluarkan “Transformers Optimus Prime”, Boleh ‘Transform’

Posted on Mei 18, 2024Mei 18, 2024

Peminat tegar Hot Wheels dan Transfomers khususnya pasti teruja apabila Mattel Creations mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan edisi ‘Hot Wheels Transformers Optimus Prime.’

Lebih menjadikannya menarik lagi adalah Hot Wheels Transformers Optimus Prime ini dimodelkan selepas penampilan pertamanya dalam Generasi 1 di mana versi die-cast pemimpin Autobot ini boleh menukar daripada trak kepada robot, bersedia untuk melawan Decepticons.
Hot Wheels juga mereka bentuk pembungkusan yang menarik supaya pemiliknya boleh memaparkannya sama ada dalam mod kenderaan atau robot.
Lengkap dengan senjata ikoniknya, ion blaster yang boleh ditanggalkan.
Hot Wheels Transformers Optimus Prime ini berskala 1:64.

Akan dilancarkan pada 21 Mei 2024 ini, Hot Wheels Transformers Optimus Prime ini akan dijual pada harga USD80 (~RM375).

Selain edisi ini, Hot Wheels juga dijangka akan mengeluarkan akan edisi Transformers yang lain iaitu Truck Fleet Optimus PrimeĀ dan Transformers G1 Bumblebee Car, tetapi tidak boleh edisi ini tidak boleh bertukar menjadi robot.

{suggest}

Sumber: Mattel Creations, TFW2005

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress