Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Horizon 2023/2024, Buku Rujukan Ekonomi Digital Untuk Pelabur

Horizon 2023/2024, Buku Rujukan Ekonomi Digital Untuk Pelabur

Diterbitkan Ogos 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Kementerian Digital, dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), hari ini melancarkan buku Horizon 2023/2024 – A Digital Economy Publication (Edisi Kedua).

Ia menawarkan maklumat yang tidak terbatas tentang landskap digital negara, Horizon juga berfungsi sebagai panduan rujukan untuk pihak berkepentingan global dan tempatan bagi mencari data yang boleh dipercayai daripada pakar.

Horizon menyediakan cerapan yang berharga dan analisis pakar yang boleh membimbing keputusan strategik yang memacu kejayaan.

Menerusinya lagi, Horizon adalah tempat pengisian artikel pemikiran dan analisis yang telah mengumpulkan kumpulan industri yang berwawasan, perintis teknologi dan pakar perniagaan untuk mencipta platform yang memupuk inovasi, idea dan memberi inspirasi yang boleh nenjurus kearah kejayaan.

Penerbitan ini memberi tumpuan kepada tiga iaitu perniagaan, pelabur dan masyarakat. Selain itu, ia menyelidik topik kepimpinan pemikiran seperti Insights & Analysis on the Current State of Malaysia’s Digital Economy and Revolutionizing Future Businesses with E-Invoicing, menyediakan analisis mendalam, ulasan yang tajam serta membongkar kerumitan trend dalam ekonomi digital.

Tambahan lagi, ia turut merangkumi luas dalam bidang ekonomi digital, termasuk kecerdasan buatan (AI), rantaian blok, e-dagang, fintech dan bidang baru muncul.

Untuk mengakses atau muat turun buku Horizon, anda boleh klik pautan ini www.mdec.my/publications/horizon.

Berkaitan

  • MDEC Dan Epic Games Bekerjasama, Jalankan Latihan Akademik Unreal Engine
  • Inisiatif Digital MDEC Dan KPT Pacu Masa Depan Pendidikan Tinggi Negara
  • MDEC Dan DTIL Bersama Memupuk Pembangunan Teknologi Pelancongan Di Malaysia
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tetapkan 'Username' Dengan Sokongan PIN

Sumber: Siaran media MDEC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY