Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akses Internet Di Gaza Bakal Disokong Starlink

Akses Internet Di Gaza Bakal Disokong Starlink

Diterbitkan Oktober 30, 2023 oleh Amal Addin

Elon Musk, seorang bilionair berasal Amerika Syarikat (AS) memaklumkan perkhidmatan satelit iaitu Starlink miliknya bakal memberi akses internet kepada agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa setelah rangkaian telekomunikasi di Gaza lumpuh sepenuhnya.

Dia memaklumkan sokongan tersebut sebagai tindak balas kepada kenyataan ahli Kongres AS, Alexandria Ocasio-Cortez yang menyatakan serangan Israel ke atas Gaza yang telah menyebabkan sistem komunikasi lumpuh  adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima.

Elon Musk memaklumkan menerusi paltform X miliknya, Starlink akan memberi bantuan sambungan komunikasi kepada agensi bantuan di Gaza.

Untuk pengetahuan anda, Starlink merupakan rangkaian satelit yang diletakkan di orbit bumi yang rendah serta mampu menyediakan akses internet ke lokasi terpencil atau kawasan yang mempunyai kemudahan telekomunikasi, namun tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan rosak dan sebagainya.

Berkaitan

  • Elon Musk Rampas Semula Takhta Individu Terkaya Di Dunia
  • TruthGPT Pesaing ChatGPT - Elon Musk
  • Elon Musk Sedia Bertumbuk Dengan Mark Zuckerberg Di Vegas Octagon
  • Roket Elon Musk Mungkin Telah Menebuk Lubang Pada Ionosfera Bumi - Kajian
  • Zuckerberg: Elon Musk 'Tak Serius' Tentang Pertarungan Dalam Sangkar

Sumber: Sinar Harian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY