Honor Malaysia Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM 298 Dengan Setiap Pembelian Honor 10 Bermula Hari Ini

Peranti Honor 10 baru sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia pada 22 Mei yang lalu. Dan seperti yang diumumkan sebelum ini, Honor Malaysia sedang mengadakan promosi jualan ke atas pembelian produk mereka termasuklah rebat sebanyak RM 100 bagi pembelian Honor 10 bermula hari ini sehingga 31 Mei ini.



Selain daripada rebat RM 100 berkenaan, Honor Malaysia kini turut menawarkan hadiah percuma kepada setiap pembelian peranti Honor 10 yang bernilai sehingga RM 298. Hadiah berkenaan merupakan sebuah fon telinga Bluetooth, AM61 yang bernilai RM 169 serta satu flip cover yang bernilai RM 129.



 

Terdapat pelbagai lagi jenis produk yang terlibat dalam promosi jualan ini dan anda boleh dapatkan produk keluaran Honor dengan harga yang bermula dari serendah RM 10.

Promosi berkenaan berjalan secara eksklusif di gerai jualan rasmi Shopee Honor Malaysia serta laman sesawang Vmall HiHonor. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati promosi ini sementara stok masih ada.

Sumber