Honor MagicWatch 2 Terima Anugerah 'Best of CES 2020' Dari Media Antarabangsa

Jenama teknologi HONOR baru-baru ini telah mengumumkan kemenangan di CES 2020 oleh organisasi dan media antarabangsa.

HONOR MagicWatch 2 telah dianugerahkan 'Best of CES 2020' oleh media utama peringkat antarabangsa iaitu Android Headlines, PocketNow dan Ubergizmo. Jam Pintar HONOR ini dihadirkan dengan bateri yang mampu bertahan selama 14 hari.

HONOR Band 5 Sport pula telah dianugerahi Anugerah Spotlight CES 2020 sebagai salah satu pilihan utama di CES tahun ini. Band ini juga menyokong ketahanan air sehingga 50m.

HONOR juga telah dinobatkan sebagai Top 15 Global Smartphone Brand of the Year. Malahan jenama ini juga menerima Global 5G Smart Phone Innovation Breakthrough Brand by IDG dalam arena 5G.



Menurut IDC, pada tahun 2019 HONOR telah melakukan pertumbuhan yang pesat dalam pasaran luar negara, mencapai peningkatan 21% YoY dalam penghantaran telefon pintar dalam tiga suku pertama. HONOR juga telah mencatatkan peningkatan sebanyak 1333% YoY dalam penghantaran barangan yang dikenakan pada tempoh yang sama. Di Rusia, HONOR telah mencapai 25% dalam bahagian pasaran.

Jam pintar ini boleh didapati di HiHonor dan HONOR Experience Store di seluruh negara. Anda boleh dapatkan HONOR Magic Watch 2 dengan harga RM 699 dan HONOR Band 5 Sport dengan harga RM 79.