Tahun 2026 dibuka dengan lima siri jelajah dari HONOR yang berlangsung sepanjang Januari. Siri jelajah ini menampilkan HONOR Magic8 Pro di pusat beli-belah di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Sebagai Peranti Fotografi Pilihan bagi Visit Malaysia 2026, siri jelajah HONOR Magic8 Pro akan menonjolkan ciri warisan kebudayaan Malaysia dan mercu tanda terkenal. Siri jelajah ini berlangsung mengikut ketetapan seperti di bawah:
- Sunway Pyramid pada 5 hingga 11 Januari
- Aeon Mall Tebrau City pada 6 hingga 11 Januari
- Suria KLCC pada 7 hingga 11 Januari
- 1 Utama Shopping Centre pada 14 hingga 18 Januari
- Queensbay Mall pada 14 hingga 18 Januari
Orang ramai dijemput turut serta dalam empat pengalaman fotografi berasaskan HONOR Magic8 Pro yang bertemakan ‘The Light and Shadow Exploration Journey’ di empat zon fotografi. Para peserta layak menebus pencuci mulut percuma setelah menyelesaikan aktiviti.
The Shadow Lab
Menunjukkan kepakaran HONOR Magic8 Pro dalam fotografi low-light, di mana pergerakan halus Wayang Kulit dalam gelap hampir sepenuhnya dapat dirakam dengan jelas dan terperinci.
The Canopy View

Menonjolkan keupayaan Kamera Telefoto Malam Ultra 200MP HONOR Magic8 Pro dengan merakam hidupan liar mini di hutan hujan Sabah dan Sarawak dari jarak jauh.
The Magic Gallery

Koleksi hasil gambar dari jurugambar profesional, menampilkan warisan, keindahan alam, mercu tanda ikonik, dan makanan tempatan Malaysia, semuanya melalui lensa HONOR Magic8 Pro.
Malaysia Famous Spots
Peluang fotografi kreatif di dinding foto menara berkembar Petronas, tapak warisan di Pulau Pinang dan Melaka, serta Gunung Kinabalu.

Pengguna telefon pintar HONOR yang membuat perkongsian di Facebook tentang jelajah ini pula akan menerima pelekat penutup belakang telefon secara percuma.

Lebih menarik lagi, pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan Wira dan Manja, maskot Visit Malaysia 2026. Penampilan khas ini akan ditampilkan di Suria KLCC pada 10 dan 11 Januari serta di 1 Utama Shopping Centre pada 17 dan 18 Januari.
Peranti HONOR yang lain juga boleh diterokai. Nikmati potongan harga sehingga RM1000 dengan pembelian Magic V5 dan Siri 400.

Pelanggan yang berbelanja RM999 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana jelajah ini layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah dengan nilai keseluruhan RM130,000. Hadiah tersebut termasuklah HONOR Pad 10 5G, HONOR Pad X9a dan HONOR CHOICE Earbuds Clip.
HONOR Magic8 Pro varian 24GB+512GB boleh didapatkan pada harga RM4599, manakala varian 32GB+1TB pula pada harga RM5199.
Pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2439 yang merangkumi HONOR CHOICE Earbuds Clip, 365-day Front and Back Crack Protection, 1-Year Extended Warranty, 1-Year Liquid Damage Protection Warranty, Google AI Pro Higher Access untuk tiga bulan, serta hadiah tambahan. Pelanggan juga boleh menikmati rebat segera sebanyak RM300 apabila membuat pembayaran penuh.
{suggest}





