Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-03-11T144357.896

HONOR Magic6 Pro Masuk Malaysia 20 Mac, Prapesan Kini Bermula

Diterbitkan Mac 11, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas beberapa berita dan pendedahan dikeluarkan tentang telefon pintar HONOR Magic6 Pro ini, kini ia bakal tersedia di pasaran Malaysia pada 20 Mac 2024.

Pelancarannya juga akan disiarkan secara langsung di halaman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang waktu tempatan.

HONOR Magic Launch Date

Sehubungan dengan itu, Magic6 Pro ini juga hadir dengan tawaran ganjaran bagi pembeli terawal (Early Bird Special) yang mana pembeli boleh membuat pembayaran deposit sebanyak RM66 sehingga 20 Mac 2024 untuk nikmati hadiah bernilai RM2,259.

HONOR Magic6 Pro Bird Special

Hadiah percuma yang dimaksudkan adalah terdiri daripada:

  • Pengecas wayarles HONOR SuperCharge
  • HONOR Watch 4
  • Fon putik HONOR X6
  • Tambahan satu tahun jaminan
  • Jaminan 365 hari gantian retak depan dan belakang

Walaupun harganya masih belum ditetapkan, ia bakal hadir dengan spesifikasi Snapdragon 8 Gen-3, 12GB RAM + 512GB storan, skrin LTPO OLED 6.8 inci 120Hz serta kamera yang terdiri daripada 50MP OIS utama, 50MP ultra lebar, 180MP telefoto dan swafoto 50MP.

Beli produk HONOR di:

Shopee – https://invl.io/clkp240

Lazada – https://invol.co/clkp24d

Berkaitan

  • SPYĂ—FAMILY Bakal Beraksi Dalam PUBG MOBILE
  • HONOR Magic6 Pro Mampu Tangkap Gambar Safawi, Akhyar Beraksi
  • Hyundai Lancar Program Tukar Beli EV Seperti Miliki Telefon Pintar Di Korea
  • Malaysia Terawal Terima Telefon Siri Infinix Note 40

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY