Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic6 Pro

HONOR Magic6 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Global

Diterbitkan Februari 22, 2024 · Dikemas kini Mac 4, 2024 oleh Amsyar Latif

Mula diperkenalkan di China awal Januari lepas, HONOR Magic6 Pro kini rasmi untuk pasaran global.

Dari segi spesfikasi, tidak banyak beza dengan model di China.

Tumpuan utama semestinya kamera, ia dilengkapi 50MP utama OIS, 50MP ultra lebar dan juga 180MP lensa periskop telefoto dengan saiz sensor 1/1.49”, apertur f/2.6 yang menyokong 2.5x zum optikal dan 100x zum digital.

Sementara lensa swafoto 50MP terletak pada paparan berbentuk pil yang turut hadir bersama sensor 3D ToF untuk pengecaman wajah.

Berbekalkan bateri berkapasiti 5,600mAh, ia menyokong pengecasan 80W berwayar dan 66W tanpa wayar.

HONOR Magic6 Pro

HONOR Magic6 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen-3 yang dipadankan memori 12GB RAM dan 512GB storan dalaman.

Peranti ini juga hadir dengan skrin LTPO OLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula adaptif 1-120Hz serta maksimum kecerahan 1800 nit dan sehingga 5000 nit untuk kandungan HDR.

Antara lainnya, ia menyokong sambungan perkhidmatan satelit, rangkaian 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, NFC, penarafan IP68 serta menjalankan MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.

Jika anda tertanya mana Magic6, difahamkan di pasaran Malaysia hanya model Magic6 Pro sahaja dibawa masuk. Tidak seperti tahun lalu.

Berkaitan

  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • AI Pada HONOR Magic6 Boleh Gerakkan Kereta Guna Mata
  • (Reaksi Awal) HONOR Magic6 Pro, Ada Sesuatu Yang Kurang

Harga

Berbeza di China, model ini ditawarkan dengan dua warna sahaja, iaitu hitam dan Epi Green.

HONOR Magic6 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Global

Berikut adalah harga yang dipasarkan:

HONOR Magic6 Pro 12GB RAM+512GB  – €1,299 (~RM6,719)

Jangan terkejut, harga tersebut adalah dalam matawang Euro. Nantikan harga rasminya apabila dilancarkan di Malaysia kelak.

Beli produk HONOR di:

Shopee – https://invl.io/clkp240

Lazada – https://invol.co/clkp24d

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY