Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
66e0ef120817cf9af6ffc410_CelcomDigi_HONOR Magic V3_Web_CampaignBanner_EN_990x557 (1)

HONOR Magic V3 Kini Tersedia Dengan Pelan Pascabayar CelcomDigi Dan Maxis

Diterbitkan September 14, 2024 oleh Rushsyafizal

HONOR Magic V3, kini dijual secara rasmi di seluruh Malaysia. Peranti ini hadir dengan ketahanan tinggi, bateri yang tahan lama, dan ciri AI berasaskan Google Cloud. Dengan storan 12GB RAM dan 512GB memori, telefon ini boleh dimiliki pada harga RM6,999.

Selain daripada pembelian langsung, HONOR Magic V3 juga tersedia melalui pelan pascabayar CelcomDigi dan Maxis.

Pengguna boleh memilikinya dengan harga serendah RM113 sebulan melalui pelan Easy 360 CelcomDigi atau RM185 sebulan melalui pelan Maxis Zerolution.

HONOR Magic V3
HONOR Magic V3 Maxis Postpaid Plan
HONOR Magic V3 First Sale
HONOR Magic V3 CelcomDigi Postpaid Plan

 

Pembelian peranti ini juga disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM1,898, termasuk jaminan skrin 365 hari dan pemegang pengecas tanpa wayar.

Dengan ketebalan hanya 9.2mm dan berat 226g, HONOR Magic V3 menawarkan pengalaman multitugas lancar melalui paparan besar serta mod multi-jendela.

Ia turut dikuasakan oleh bateri karbon silikon 5,150mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Apple Seru Pembangun Optimumkan Aplikasi Bagi iOS 18
  • Eropah Dilapor Semakin Ketatkan Peraturan Penggunaan Telefon Di Sekolah
  • Selepas 10 Tahun, Flappy Bird Akan Buat 'Comeback'

Sumber : Siaran Media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY