Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-14T155313.909

HONOR Magic V Flip Rasmi Di China Dengan Snapdragon 8+ Gen 1, Skrin Luar 4 Inci

Diterbitkan Jun 14, 2024 oleh Muhd Idham

HONOR China kini telah melancarkan satu produk telefon pintar jenis boleh lipat kompak pertama mereka iaitu HONOR Magic V Flip dengan ketebalan 7.15mm apabila dibuka dan 14.89 apabila ditutup.

Screenshot 2024-06-14 145343

Telefon ini menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan sokongan GPU Adreno 730 serta menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0.

Magic V Flip ini mempunyai dua buah skrin iaitu bahagian dalaman yang bersaiz 6.8 inci dengan resolusi 2520 x 1080 dan pada bahagian luaran bersaiz 4 inci dengan resolusi 1200 x 1092.

Kedua-dua skrin juga adalah jenis OLED dan kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz.

Screenshot 2024-06-14 145414
Screenshot 2024-06-14 145428

Untuk bahagian kamera, ia terdiri daripada kamera utama 50MP (OIS, f/1.9), ultra lebar 12MP (f/2.2) dan swafoto 50MP Sony IMX816 (f/2.0).

Kemampuan resolusi untuk rakaman video bagi kedua-dua kamera pula adalah sama iaitu 4K (3840 x 2160).

Screenshot 2024-06-14 151234

Bateri pula hadir dengan kapasiti 4,800mAh dan pengecasan berwayar 66W.

Namun begitu, ketersediaannya buat masa sekarang hanyalah di pasaran China sahaja pada harga CNY5,499 (~RM3,571) untuk varian 12GB + 512GB.

Untuk kemasukan di pasaran tempatan, kita perlu menunggu maklumat daripada HONOR Malaysia.

{suggest}

Sumber: HONOR China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY