Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Magic 2 Kini Rasmi – Muncul Peranti Enam Kamera Pertama Dengan Skrin Boleh Luncur

Honor Magic 2 Kini Rasmi – Muncul Peranti Enam Kamera Pertama Dengan Skrin Boleh Luncur

Diterbitkan Oktober 31, 2018 oleh Haikel Areff

Selepas Xiaomi memperkenalkan model telefon boleh luncur mereka pada minggu lepas, hari ini tiba pula giliran Honor bagi melancarkan peranti dengan dengan teknologi serupa. Honor Magic 2 telah dilancarkan oleh Honor dalam satu majlis yang berlangsung di tanahairnya, China sebentar tadi.

Bukan sahaja ciri kamera hadapan tersorok yang menarik perhatian pada telefon ini, malah ia juga hadir dengan keseluruhan enam lensa kamera(tiga depan, tiga belakang). Ia sekaligus menjadikannya peranti pertama dengan ciri demikian.

magic 2c
Kredit: Honor

Kamera hadapannya merangkumi lensa utama 16MP disamping dua lagi lensa 2MP manakala kamera utama pula dilengkapi dengan gabungan dua lensa 16MP serta satu lensa ultra-lebarĀ  24MP selain disokong fungsi AIS. Sekali pandang, panel belakang peranti ini hampir serupa dengan model syarikat induknya, Huawei P20 Pro.

Dengan rekaan skrin boleh luncur ini, pastinya ia akan dapat memberikan lebih paparan kepada peranti ini. Atas sebab itu, Honor Magic 2 ini dikatakan memiliki nisbah paparan hampir 100% daripada tubuh peranti. Telefon ini didatangkan dengan skrin AMOLED 6.39-inci tanpa takuk dengan resolusi FHD+.

magic 2b
Kredit: Honor

Spesifikasi dalamannya juga tidak kurang hebatnya. Ia bakal muncul sebagai siri telefon kedua yang menggunakan cip terkini Kirin 980 selepas siri peranti premium Huawei Mate 20. Magic 2 ini ditawarkan dengan pilihan 6GB/8GB RAM serta variasi simpanan dalaman 128GB, 256GB dan 512GB.

Untuk baterinya pula, peranti ini akan dijana dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 2.0 40W. Dengannya, Magic 2 ini didakwa mampu mengecas sehingga 50% dalam masa hanya 15 minit sahaja.

Honor Magic 2 Kini Rasmi – Muncul Peranti Enam Kamera Pertama Dengan Skrin Boleh Luncur
Kredit: Honor

Satu lagi perkara menarik mengenai model ini ialah ia akan mempunyai pembantu pintarnya sendiri yang dinamakan sebagai Yoyo. Dari segi perisian pula, Magic 2 akan dijalankan dengan sistem Android Pie dari dalam kotak.

Mula dipasarkan pada harga permulaan RMB 3,799(~RM 2,279) di pasaran China esok, Honor menyediakan tiga pilihan variasi iaituĀ 6GB/128GB, 8GB/128GB dan 8GB/256GB manakala variasi 8GB/512GB pula hanya akan mula tersedia pada bulan hadapan. Setakat ini tiada maklumat mengenai penawaran Magic 2 ini di pasaran Malaysia yang berjaya kami perolehi dari Honor Malaysia..

 

Sumber: Honor CN

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY