HONOR Adakan Promosi Kembali Ke Sekolah, Ini Peranti Yang Ada Diskaun

HONOR Malaysia mengadakan Jualan Kembali Ke Sekolah HONOR selama 2 bulan iaitu bermula 13 Oktober sehingga 30 November 2022.

Berikut antara produk yang mempunyai diskaun ketika promosi ini berjalan.

{snap}

HONOR Magic4 Pro




Daripada harga asalnya RM3,999, ia ditawarkan dengan rebat sebanyak RM300 kali ini. Ini bermakna ia didagangkan pada tanda harga RM3,699 sekarang.

Ia dilengkapkan paparan LTPO 1920Hz PWM Dimming mampu mengurangkan kecerahan yang
berubah-ubah dan kerdipan skrin walaupun dalam pencahayaan malap.

Selain itu, ia mempunyai kamera 50MP. Telefon ini turut dilengkapi HONOR SuperCharge 100W yang mampu mengecas 100% dalam masa hanya 30 minit. Ia dimuatkan dengan bateri 4600mAh.

Beli HONOR Magic4 Pro di Shopee

{snap}

HONOR MagicBook 14 AMD (8/256GB)




Harga biasanya ialah RM2,499 namun ia dipasarkan pada harga RM1,899 sehinnga 30 November ini. Kedua-dua model ini dijana cip AMD.

Setiap siri HONOR MagicBook 14 AMD dilengkapi paparan FullView HONOR selain skrinnya diiktiraf pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland dan pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free.

Anda bebas memilih siri HONOR MagicBook 14 AMD kesukaan yang bermula pada harga serendah RM 1,899 selepas rebat.

Selain itu, komputer riba MagicBook 15 (8/256GB)  juga ada diskaun dan dijual pada harga sama iaitu RM1,899.

Beli MagicBook 14 (8/256GB) di Shopee

Beli MagicBook 15 (8/256GB) di Shopee

{snap}

HONOR MagicBook 14 AMD (16/512GB)




Daripada harga asalnya RM3,299, ia dijual pada harga RM2,499 kerana HONOR memberikan rebat sebanyak RM800 semasa promosi Kembali Ke Sekolah ini.

Komputer riba ini mempunyai RAM sebesar 16GB dan storan 512GB.

Ia dikuasakan dengan HONOR SuperCharge 65W. Kerangka badannya pula ringan dan nipis menjadikan peranti tersebut mudah dibawa ke mana-mana.

Istimewanya, versi 16+512GB sudah diprapasang dengan Microsoft Office. Selain itu, pembeli juga berpeluang mendapat hadiah seperti beg, tetikus tanpa wayar.

Untuk senarai penuh peranti yang menerima diskaun, sila ke laman web HONOR.

Beli MagicBook 14 (16/512GB) di Shopee