Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor 8X Dengan Warna Merah Tiba Di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan

Honor 8X Dengan Warna Merah Tiba Di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan

Diterbitkan Oktober 31, 2018 oleh Haikel Areff

Honor 8X menjadi salah satu peranti terlaris Honor bagi tahun ini. Malah, pada hari pelancarannya yang lalu, 1,000 unit peranti itu berjaya dijual dalam masa 2o minit sahaja.

Bagaimanapun, mungkin ada antara pembeli peranti berkenaan berasa agak kesal kerana telah mendapatkannya lebih awal kerana variasi warna merah bakal tiba ke Malaysia tidak lama lagi.

Honor 8X Dengan Warna Merah Tiba Di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan
Kredit: Pandaily

Selain daripada warna yang menawan, Honor 8X versi merah ini hadir dengan spesifikasi yang sama seperti model yang dilancarkan sebelum ini. Ia menggunakan cip Kirin 710, bateri berkapasiti 3,750mAh serta dwi-kamera yang dikuasakan dengan teknologi kecerdasan buatan(AI).

Model ini akan mula memasuki pasaran tempatan pada 7 November nanti bermula dengan pasaran atas talian seperti Hihonor, Shopee, Lazada dan 11street. Selepas itu, ia akan tersedia secara luar talian pada 10 November nanti. Harga yang ditawarkan juga adalah sama iaitu RM 949 sahaja.

Mereka yang berminat perlu bertindak awal kerana Honor 8X warna merah ini hanya tersedia sebanyak 500 unit sahaja secara atas talian. Selain itu, pembeli juga berpeluang untuk menerima sebuat honor Band 3 di Hihonor.com sementara stok masih ada.

 

Sumber: Honor Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY