Hampir 8 bulan menembusi pasaran Malaysia, Honor 6X sekali lagi diberikan potongan harga. Ditawarkan dalam dua versi iaitu…

  1. RAM 3GB / Storan 32GB
  2. RAM 4GB/ Storan 64GB

…pada awal pelancarannya, masing-masing dijual pada harga RM1199 dan RM1399. Kemaskini harga pertama dibuat pada 1 Ogos yang lalu dimana versi RAM 4GB diturunkan kepada RM1199, menyamai harga RAM 3GB.

aterkini, harga kedua-dua peranti tersebut dikemaskini sekali lagi dan ia berada dibawah paras RM1000, satu harga yang agak berbaloi bagi peranti kelas pertengahan. Berikut merupakan harga terkini Honor 6X

Spesifikasi ringkas Honor 6X

IKLAN
  • Skrin paparan HD penuh berukuran 5.5 inci
  • Cip pemproses Kirin 655
  • Dwi kamera utama 12MP
  • Kamera selfie 8MP
  • Sokongan memori tambahan kad MikroSD sehingga 256GB
  • Bateri 3430mAh

Selain daripada tawaran harga yang menarik, Honor 6X juga dijanjikan dengan kemaskini Android Oreo pada Januari tahun hadapan.

Sumber: Lowyat