Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 50

HONOR 50 Bakal Tiba Di Malaysia 18 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 12, 2021 oleh Amsyar Latif

HONOR Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran telefon HONOR 50 buat pasaran tempatan, iaitu pada 18 Oktober ini.

Seperti yang diketahui, HONOR telah berpisah dengan Huawei dan secara tidak langsung barisan telefon pintar mereka selepas ini hadir dengan sokongan Google Mobile Service (GMS).

Oleh itu, mungkin ada yang merindui untuk menggunakan peranti Huawei mempunyai sedikit minat terhadap telefon pintar HONOR.

HONOR 50 Announcement_BM

Mengimbas kembali spesifikasi HONOR 50 yang dilancarkan Jun lalu, ia dilengkapi cip pemproses Snapdragon 778G, skrin OLED berukuran 6.57 inci 120Hz, bateri 4300mAh serta kamera 108MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP – makro dan bantuan bokeh.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lanjut tentang harganya nanti, boleh tonton pelancarannya secara langsung menerusi Facebook HONOR Malaysia pada jam 8 malam 18 Oktober depan.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR

Baca juga:

  • HONOR MagicBook 15 AMD Sudah Boleh Di Pra-Tempah Pada Harga RM2499

  • HONOR MagicBook 14 Dengan Ryzen 5 5500U Kini Boleh Dibeli, Harga Bermula RM2699

  • Amerika Syarikat Mungkin Akan Lakukan Sekatan Terhadap HONOR Juga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
©2026 WISER.MY