Henti Sebar Berita Yang Tidak Ditentukan Kesahihannya - SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dalam satu kenyataan medianya malam tadi sekali lagi mengingatkan pengguna internet untuk menggunakan kemudahan ini secara berhemah.

Pihak kementerian menegaskan bahawa penyalahgunaan seperti menyebarkan berita yang tidak pasti kesahihannya adalah salah dan pelaku boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Bukan itu sahaja, tindakan tersebut juga mampu memberi kesan buruk, bukan sahaja kepada individu, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Kapsyen: Kredit: SKMM


Peringatan ini dilihat bertepatan dengan beberapa masalah yang sedang dihadapi negara ketika ini. Diharapkan semua pengguna internet diluar sana tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menyebarkan berita-berita palsu dan tidak tentu kesahihannya ini.

Bagi pengguna yang mahu menyemak kesahihan sesuatu berita yang ingin disebarkan, anda boleh lakukannya di portal sebenarnya.my terlebih dahulu.

Berikanlah ruang dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan segala perkara berkaitan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara kita terus terjamin.

 

Sumber: SKMM