Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acara Sony

‘Headphone’ Sony WH-1000XM5 Didedahkan, Mungkin Dilancar Pada Minggu Ini

Diterbitkan Mei 10, 2022 oleh Firdaus

2Terdapat beberapa gambar yang telah bocor akan headphone Sony WH-1000XM5 di Reddit dan ia mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Justeru, ini mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini tentang fon kepala (headphone) Sony yang ditunggu-tunggu ini.

Sony xm5 2
Sony xm5 3
Sony xm5 1

Walau bagaimanapun, terdapat satu keraguan akan khabar angin yang didengari sebelum ini. Kotak bungkusan Sony WH-1000XM5 menyatakan fon kepala ini mempunyai prestasi bateri selama 30 jam, 10 jam lebih rendah daripada ura-ura sebelumnya.

Akan tetapi, angka ketahanan bateri selama 40 jam mungkin adalah benar sekiranya XM5 tidak menggunakan ANC (active noise cancellation). Sebagai contoh, XM4 dapat mencapai penggunaan bateri hingga 38 jam apabila digunakan tanpa ANC.

Tambahan lagi, bagi anda yang menantikan Sony WH-1000XM5, Sony mungkin akan melancarkan fon kepala tersebut pada 12 Mei ini dalam acara meraka melalui ciapan twitter Sony UK.

Your world starts here. Join us for some exciting news May 12 at 17:00 BST: https://t.co/HCF6m4tszS pic.twitter.com/k1RK3w77tN

— Sony UK & Ireland (@SonyUK) May 5, 2022

Sony XM4 dilancarkan pada tanda harga USD 349.99 (Sekitar RM1,200 pada tahun 2020). Kita berkemungkinan besar akan melihat Sony WH-1000XM5 akan berada pada tanda harga sekitar RM1,600 di pasaran tempatan.

Sumber: The Verge, Sony UK

Baca juga:

  • Sony WH-1000XM5 Dijangka Ada Rekaan Baharu Dan Bateri Tahan Lebih Lama
  • Ikut Microsoft, Sony Pula Rancang Untuk Letak Iklan Dalam ‘Game’ PlayStation
  • Cara Aktifkan Kaedah Pembayaran RFID Untuk Pengisian Minyak Di Shell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY