Terbaru, berita baik buat peminat peranti Samsung kerana maklumat baharu yang telah didedahkan memperlihatkan Samsung bakal menawarkan kemas kini sistem operasi Android selama 4 tahun.
Bermakna, peranti terbaharu Samsung esok yang akan menjalankan Android 12 bakal menerima kemas kini sehingga Android 16.
Selain itu, jika terdahulu Samsung akan menawarkan kemas kini keselamatan selama 4 tahun, peranti baharu itu nanti bakal mempunyai kemas kini keselamatan sehingga 5 tahun.
Tidak terhad kepada peranti terbaharu, kemas kini tersebut juga digunapakai untuk siri Galaxy S21 dan telefon boleh lipat Z Fold3 serta Z Flip3.
Bagi ada yang tertanya-tanya, esok, Samsung bakal melancarkan siri Galaxy S22 bersama-sama siri tablet siri Galaxy Tab S8.
Oleh itu, sama-sama kita nanti 10 Februari jam 12 tengah malam untuk pelancaran kesemua peranti baharu Samsung ini.
Sumber: sammobile, reddit
Baca juga:
Siri Samsung Galaxy S22 Akan Diperbuat Dari Jala Ikan Yang Dikitar Semula
Samsung Perlihatkan S Pen Pada Video Acah Untuk Acara Galaxy Unpacked
Prestasi Snapdragon 8 Gen 1 Dan Exynos 2200 Hampir Setara Pada Samsung Galaxy S22 Ultra
Berkaitan
- AirPods Akan Datang Mungkin Bukan Untuk Dengar Lagu Sahaja
- TM Menang Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia Sekali Lagi
- Ais Greenland Kehilangan Banyak Air Dalam 20 Tahun, Cukup Tenggelamkan AS
- Sebab Utama Kenapa Aplikasi Instagram Yang Khusus Untuk iPad Tak Wujud Lagi
- Pra-Tempah Monitor Samsung Odyssey G3, Percuma SSD
- Find X3 Pro Dilancar, Ini Spesifikasi Penuh
- (Ulasan) OPPO Find N3 Flip - OPPO Memang Serius Nak Lawan Samsung
- Monitor Gaming 4K Aorus Diumumkan, Sesuai Untuk PS5
- Pelancaran Samsung Galaxy S21 FE Mungkin Ditunda
- macOS Big Sur Kini Sudah Tersedia Untuk Dimuat Turun