Siri Samsung Galaxy S22 Akan Diperbuat Dari Jala Ikan Yang Dikitar Semula

Siri Samsung Galaxy S22 bakal dilancarkan pada 9 Februari nanti.

Dengan tarikh pelancaran semakin hampir, Samsung kini mula memperlihatkan maklumat mengenai siri telefon itu sedikit demi sedikit.

Menerusi laman rasmi Samsung, mereka kini mendedahkan bahawa siri Galaxy S22 akan menggunakan bahan plastik baharu iaitu jala ikan yang dikitar semula.



Menurut Samsung, ia bertujuan sebagai langkah Galaxy for the Planet yakni pemeliharaan serta meminimumkan jejak alam sekitar.

Langkah Galaxy for the Planet ini dimulakan dengan siri Galaxy S22 terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada model-model telefon yang lain.

Walaupun penggunaan bahan plastik kitar semula itu adalah pasti, apa yang masih menjadi pertanyaan adalah komponen manakah yang akan menggunakan bahan itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut, seperti biasa boleh nantikan pelancarannya pada 9 Februari kelak.

Sumber: Samsung

Baca juga: