Harga Razer Phone Turun Lagi

Telefon pintar dari syarikat perkomputeran terkenal, Razer, memasuki pasaran negara pada tanda harga RM3,299.

Tidak lama selepas itu, harganya diturunkan lebih rendah iaitu sekitar RM2899  (terkini  RM2848) oleh salah satu penjual di Lazada.

Bagi anda yang sedang mempertimbangkan untuk memiliki Razer Phone, ia dilihat berada pada paras terendah setakat ini iaitu RM2808, ditawarkan oleh G Store juga dari Lazada.



Peranti yang dijual ini merupakan set import dan segala urusan waranti hendaklah dibuat melalui G Store sendiri.

Sumber: Lowyat.net

Kemaskini 9/2/2018 - Terdapat satu lagi tawaran harga menarik dari penjual tempatan bersempena dengan musim Tahun Baru Cina. Mobile 2go dilihat mempromosikan Razer Phone pada harga RM 2,798 tetapi tawaran ini hanya sah sehingga 18 Februari 2018 sahaja.