Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Login into account and fishing hook.

Indonesia Pertama, Malaysia Ketiga Kes Phishing Di Asia Tenggara Sepanjang 2022 – Kaspersky

Diterbitkan Mac 21, 2023 oleh Helmi Samsuri

Phishing atau aktiviti pancingan data melibatkan sistem pembayaran boleh dilihat sebagai salah satu ancaman siber yang lazim digunakan untuk memperdaya pengguna. Kebiasaannya ia dihantar dalam bentuk email palsu ataupun notifikasi yang menyerupai mesej dari bank atau organisasi kerajaan dengan tujuan, mencuri data peribadi dan maklumat pembayaran pengguna.

Menurut laporan Kaspersky, sepanjang tahun 2022 yang lalu, syarikat keselamatan siber itu telah menyekat sejumlah 822,536 cubaan pancingan data yang melibatkan syarikat-syarikat di rantau Asia Tenggara.

Financial Phishing_Info_2303

Laporan turut menyebut, pancingan data itu bukan sahaja meniru sistem perbankan malah menyerupai sistem pembayaran seperti PayPal dan Visa. Selain itu, laman jual beli dalam talian tidak terkecuali dimana ada kes pancingan data meniru laman popular Apple Store, Steam dan lain-lain.

Bercakap mengenainya, Kaspersky telah menyekat 120,656 kes ancaman pancingan data di Malaysia. Ini sekaligus meletakkan negara berada ditangga ketiga dibelakang Indonesia ((208,238), dan Vietnam (172,694).

Sumber: Siaran Akhbar Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Tahu Bezakan E-Mel Palsu Atau Sah? Cuba Kuiz Ini
  • Bank Negara Malaysia: Jangan Dedahkan Maklumat Perbankan Diri Kepada Laman BNM Palsu Ini
  • Adakah Orang Malaysia Senang Kena Tipu Dengan e-Mel Palsu?

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY