Peranti Telefon Pintar Razer Kini Di Malaysia

Razer pembuat barangan elektronik khusunya perkakasan komputer telah mengeluarkan peranti telefon pintar pertama mereka yang dipanggil Razer Phone. Peranti ini ditunggu-tunggu oleh peminat jenama Razer yang mengutamakan pengalaman bermain permainan video di peranti telefon pintar mereka.



Razer phone menampilkan spesifikasi yang hebat di dalamnya termasuk cip pemprsesan Qualcomm Snapdragon 835, ruang RAM sebesar 8GB dan ruang ROM sebesar 64 yang menyokong kad microSD sehingga 256GB.



Peranti ini disasarkan kepada mereka yang mahu mengalami pengalaman sebenar bermainan permainan video di telefon pintar mereka dan Razer memastikan perkara tersebut dengan meletakkan skrin 120 Hz ultramotion untuk paparan telefon pintar ini. Ini bermakna pergerakan di dalam permainan video tampak lebih licin dan meningkatkan pengalaman anda bermain permainan video di peranti ini.

https://youtu.be/LzC_kkbFTHQ

 

Razer juga menggunakan bateri berkapasiti 4,000 mAh bagi peranti ini utnuk memastikan bekalan kuasa mencukupi bagi pengalaman penuh multimedia anda. Peranti ini sudah boleh didapati di cawangan Direct D berdekatan dengan anda dengan harga jualan bermula RM 3299.00.