Harga Oppo Find X Melangkaui Jangkaan Kami

Dengan pengenalan Find X, perdebatan mengenai perlunya rekaan takuk pada skrin paparan menjadi hangat kembali. Ini kerana bukan hanya Vivo sahaja yang mampu menghasilkan peranti dengan nisbah skrin ke badan yang tinggi.

Kesemuanya dibantu dengan meletakkan kesemua sensor luaran seperti kamera, pengesan cahaya dan juga fon telinga di 'dalam' peranti. Vivo Nex melakukannya dengan meletakkan hanya kamera hadapan sebagai 'pop-up' di bahagian atas peranti.



Berbeza sedikit dengan Find X dari Oppo kerana sistem kamera utama dan kedua diletakkan di bahagian mekanikal yang boleh digerakkan secara aktif.

Kapsyen: Gambar dari The Verge


Namun dengan kemajuan teknologi yang lebih canggih, datang pula cabaran biasa iaitu kos. Untuk peranti Oppo Find X, ianya akan dijual di pasaran Eropah dengan harga pengenalan €999 (RM 4,634). Dengan harga tersebut, peranti Find X boleh diletakkan sebagai premium kerana berada dalam lingkungan harga peranti Galaxy S9+ dan juga iPhone X.

Mungkin sudah tiba masanya Oppo juga mahu mencuba nasib di dalam pasaran peranti premium sesuai dengan spesifikasi dan teknologi yang ditawarkan melalui Find X.