Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga Galaxy A8 dan A8+(2018) Agak Mahal? Ini Penjelasan Dari Pengarah Pemasaran Samsung

Harga Galaxy A8 dan A8+(2018) Agak Mahal? Ini Penjelasan Dari Pengarah Pemasaran Samsung

Diterbitkan Januari 18, 2018 · Dikemas kini Januari 18, 2018 oleh Helmi Samsuri

Baru semalam kita dilaporkan mengenai siri Galaxy A bagi versi 2018 telah mendarat dengan rasmi untuk pasaran dalam negara.

Dua peranti, Galaxy A8 dan Galaxy A8+ didagangkan sebagai model kelas pertengahan tetapi dengan harga yang agak premium dan menimbulkan sedikit tanda tanya kepada peminat Samsung.

Beberapa ciri yang terdapat pada model flagship seperti Galaxy S8 dan Galaxy Note 8 boleh kita lihat digunapakai dalam siri Galaxy A tahun ini.

Antaranya adalah skrin paparan Infinity Display, pembantu digital Bixby, serta tetapan dwi-kamera, tetapi kali ini dibahagian selfie yang menyasarkan golongan millenial.

Berbalik kepada harga pasaran yang agak tinggi itu, Jo Semidang, Pengarah Pemasaran Korporat Samsung Electronics Indonesia, mempunyai alasan bagi menjelaskan perkara terbabit.

Menurut Semidang, keluaran kali ini memberi tumpuan kepada golongan Millenials atau generasi Y dan optimis mereka akan memilih Galaxy A8 dan A8+ bukan hanya disebabkan spesifikasi dan ciri sahaja.

“Kalau kami hanya menjual ciri, nilai barang tersebut turun. Sewaktu merancang model ini, kami menyasarkan dari segi gaya hidup terlebih dahulu. Ada kriteria golongan millenials yang kami sasarkan.” ujar beliau selepas acara pelancaran siri A8 di Jakarta.

Beliau menambah “Jenama itu ada nilainya, jenama Samsung ada nilai. Galaxy A8 dan Galaxy A8+ membawa suatu kebanggaan. Disebabkan itu kami meletakkan harga sedemikian.”

Semidang memberitahu bahawa Samsung telah membuat kaji selidik pasaran sebelum menetapkan harga jualan dan hasilnya, pengguna berani membeli pada harga yang lebih tinggi dari yang ditetapkan.

“Samsung bukan jenama yang hanya menjual spesifikasi, secara keseluruhan kami mempunyai nilai cool, style, dan jenama. Disamping digandingkan bersama produk yang bagus dan relevan dengan keperluan pasaran.” jelas Semidang.

Sumber: Kompas.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
©2026 WISER.MY