Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMAGE 3

Hanya Ada 10 Unit Saja Pembesar Suara Edisi Terhad Ini Di Malaysia

Diterbitkan Jun 16, 2022 · Dikemas kini Jun 16, 2022 oleh ariff bukhari

Pengeluar peranti pembesar suara berkualiti tinggi, Devialet telah memperkenalkan koleksi eksklusif kedua pembesar suara aktif ultra-kompak berkuasa dan berkualiti tinggi (hi-fi) iaitu Phantom II Deep Blue.

Hanya sebanyak 1,000 unit sahaja dikeluarkan untuk pasaran seluruh dunia dan pengguna di Malaysia bertuah kerana secara eksklusif menerima sebanyak 10 unit pembesar suara tersebut.

Walaupun bersaiz kecil tetapi Phantom II Deep Blue cukup berkuasa dengan mampu menyampaikan bunyi pada kuasa puncak 900W yang belum pernah lagi dihasilkan sebelum ini dengan peranti sekecil ini. 

devialet 1Bagi meraikan pelancaran produk ini, Devialet telah bekerjasama dengan artis terkenal Luigi Tozzi untuk menciptakan lagu dan senarai lagu khusus untuk mempamerkan kualiti bunyi Phantom II Deep Blue yang jelas tiada tandingan.

Dengan gabungan hipnotik tekno, produser berbangsa Itali ini membawa para pendengar ke dalam lautan bunyi tulen dan bass yang mengasyikkan untuk menyampaikan pengalaman luar biasa kepada pendengar.

Anda boleh mendengar gubahan khas Luigi Tozzi di semua platform penstriman utama menerusi pautan ini.

IMAGE 1

Phantom II Deep Blue sudah pun berada di pasaran Malaysia bermula 15 Jun 2022 lalu dan dijual pada harga RM7,490.00.

10 unit pembesar suara ini hanya boleh didapati  di Atlas Sound & Vision, The Gardens Mall dan di laman sesawang mereka.

Sumber: Media Devialet

Baca juga:

  • Tukar Kad Debit Maybank Dengan Pantas? Ini Senarai Cawangan Yang Ada Kiosk Layan Diri
  • Keluar Duit ATM Dengan Imbas Kod Jadi Ciri Baharu MAE, Ini Cara Aktifkannya
  • Waspada, Fungsi QRPay Pada Aplikasi M2U & MAE Rupanya Boleh Diakses Tanpa Pengesahan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY