Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kod QR

Hangzhou Lancar Sistem Kod QR Kesihatan – Dapat Tahu Keadaan Kesihatan Orang Lain Mengikut Warna

Diterbitkan Mac 4, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Sejak berlakunya wabak Covid-19 yang melanda di negara China dan beberapa negara lain, terdapat banyak usaha digital yang telah dilakukan bagi memerangi wabak tersebut. Antaranya adalah jurutera universiti mencipta kaedah kesan koronavirus yang menggunakan alat yang disambungkan pada telefon pintar, hospital di Wuhan gunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G dan sebagainya.

Kini, terdapat satu sistem kod QR kesihatan yang telah dilancarkan di Hangzhou, China sebagai ‘surat kebenaran trafik’. Sistem ini bertujuan untuk memastikan aliran penduduk secara teratur semasa sesuatu wabak. Caranya adalah penduduk perlu memberikan maklumat keadaan mereka secara dalam talian melalui platform pihak ketiga dan aplikasi perkhidmatan kerajaan. Seterusnya, mereka akan diberikan kod yang ditandakan dengan warna hijau, kuning atau merah berdasarkan maklumat yang diberikan.

Baidu Guna AI Untuk Kesan Penduduk China Yang Tidak Pakai Topeng Muka

Bagi penduduk yang mempunyai kod kuning dan merah perlu dikuarantin untuk tempoh beberapa hari tertentu. Mereka juga perlu log masuk pada setiap hari semasa tempoh kuarantin sebelum kod mereka boleh ditukar kepada hijau. Manakala, hanya penduduk yang mempunyai kod hijau dibenarkan untuk bergerak secara bebas di sekitar bandar raya Hangzhou.

Teknologi pintar ini semakin terkenal di seluruh negara dan lebih 200 bandar raya menggalakkan sistem tersebut. Inisiatif ini juga dapat meredakan kebimbangan orang ramai serta bertindak sebagai satu jaminan yang boleh dipercayai untuk kesihatan penduduk.

Sumber : Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY