Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jurutera Universiti Cipta Kaedah Kesan Koronavirus Guna Alat Yang Disambungkan Pada Telefon Pintar

Jurutera Universiti Cipta Kaedah Kesan Koronavirus Guna Alat Yang Disambungkan Pada Telefon Pintar

Diterbitkan Februari 12, 2020 · Dikemas kini Februari 13, 2020 oleh Helmi Samsuri

Penggunaan telefon dalam kalangan umat manusia semakin lama semakin meningkat. Bukan setakat menjadi medium komunikasi, fungsinya mampu dikembangkan lagi dengan alatan tambahan.

Professor Chong Ahn, seorang jurutera daripada University of Cincinnati telah membangunkan sebuah alat yang dikatakan mampu mengesan penyakit berjangkit seperti koronavirus, malaria, HIV, serta beberapa masalah kesihatan yang lain.

Jurutera Universiti Cipta Kaedah Kesan Koronavirus Guna Alat Yang Disambungkan Pada Telefon Pintar
Imej | University of Cincinnati

Alat yang dibangunkan itu akan disambungkan pada telefon pintar dan ia diakses menggunakan aplikasi khas. Proses pengesanan itu dilakukan dengan cara meletakkan sampel air liur atau darah pada jalur ujian. Seterusnya, alat tersebut akan menganalisa dan hasilnya akan disimpan pada telefon pintar bagi rujukan selanjutnya.

Menurut Ahn, alat tersebut mampu memberikan keputusan setanding ujian makmal, mudah digunakan serta tidak menelan kos yang tinggi. Tambahnya lagi, kaedah ini mesra pengguna dimana sesiapa sahaja boleh mengendalikannya tanpa latihan. Melalui pembangunan alat ini, kita dapat lihat sektor kesihatan pada masa depan dapat dipertingkatkan serta membantu pakar dalam mengesan sebarang penyakit yang berkaitan.

Sumber dan kredit foto: University of Cincinnati 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY