Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hospital Di Wuhan Guna Robot Yang Dilengkapi Teknologi 5G

Hospital Di Wuhan Guna Robot Yang Dilengkapi Teknologi 5G

Diterbitkan Februari 10, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Lantaran wabak koronavirus yang sedang melanda di Wuhan, China ketika ini, dua hospital di sana menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G bagi membantu para doktor di hospital. Fungsi robot-robot ini adalah untuk membimbing pesakit dan membasmi kawasan kuarantin bagi mengurangkan infeksi silang.

Menurut syarikat CloudMinds yang membangunkan robot ini, salah satu robot dipasang dengan kemudahan skrin interaktif untuk digunakan di dewan hospital. Ia berfungsi bagi membimbing pesakit untuk menjalani diagnosis dan mempromosikan maklumat mengenai pencegahan wabak.

robot

Selain itu, satu lagi robot telah diprogramkan untuk membersihkan dan membasmi kawasan kuarantin serta menghantar ubat-ubatan. Robot-robot ini disumbangkan ke hospital yang dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti novel koronavirus.

Pengilang robot Siasun dan Institut Automasi Shenyang Akademi China sedang membangunkan robot yang boleh menggantikan jururawat dalam menjalankan ujian pada tekak untuk mengesan virus itu.

Sumber : Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY