Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Memadam Kaedah Pembayaran Yang Telah Disimpan Pada iPhone

Guna Nombor Telefon Yang Didaftarkan Atas Nama Sendiri – PDRM

Diterbitkan Mei 13, 2022 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggesa orang ramai supaya menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama sendiri untuk membuka akaun bank.

Ia adalah bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang akan menyalahgunakan akaun perbankan dan sekali gus dapat memindahkan wang dalam akaun tanpa disedari mangsa.

PDRM menyatakan, mendaftarkan nombor telefon orang lain semasa pembukaan akaun boleh menyebabkan anda kehilangan wang dalam akaun bank anda.

Scammer akan mendaftarkan perbankan internet tanpa anda sedari dan nombor TAC/OTP akan dihantar ke nombor telefon scammer tersebut.

Dengan menyerahkan nombor TAC/OTP akan membolehkan scammer mengambil alih perbankan internet anda dan memindahkan wang ke pihak ketiga.

PDRM SCAM

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat perbankan seperti nombor kad bank, kata laluan, Kod Pengesahan Transaksi (TAC) atau One Time Password (OTP) kepada mana-mana pihak secara bersemuka mahupun melalui panggilan telefon.

Sumber: PDRM

Baca juga:

  • Hati-Hati Dengan Pautan Laman Sesawang Palsu Cabutan Bertuah Petronas Di WhatsApp
  • Elon Musk Cadang Kenakan Caj Pada Organisasi Yang Guna Twitter
  • Empat Syarikat ’Telco’ Berjaya Siapkan 60 Menara Baru 4G, Digi Alami Isu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY