Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dron (2)

Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara, 3 Lelaki Ditangkap

Diterbitkan Disember 29, 2022 ยท Dikemas kini Disember 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sekitar 2 minggu lalu, polis telah menahan 3 lelaki yang dipercayai menceroboh dan menyeludup tembakau menggunakan dron ke dalam kawasan Penjara Machang, Kelantan.

Kesemua suspek berusia 35 hingga 39 tahun itu ditahan di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Kampung Bukit Belah, pada 12 Disember 2022.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata, IPD Machang awalnya menerima maklumat daripada pihak penjara bahawa ada sebuah dron diterbangkan dan menceroboh kawasan penjara, sekitar jam 1.05 pagi.

Polis Machang kemudian telah bertindak ke tempat kejadian dan mendapati 3 lelaki kalut masuk ke dalam sebuah Honda CR-V sebelum kenderaan itu dipecut laju.

Sempat melarikan diri sejauh 300 meter, akhirnya kenderaan itu berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan di dalam Honda CR-V mendapati sejumlah barangan termasuk 5 lima buah telefon bimbit, 2 buah bank kuasa, 20 biji mercun bola, sebilah parang, sebilah badik, satu unit alat penimbang digital dan dua gulung dawai besi.

Berkaitan

  • Canggih, Ladang Durian 700 Ekar Guna Dron Untuk Sembur Racun Perosak
  • Turkiye Dilapor Mahu Jual Dron Bersenjata Pada Malaysia, Sekurang-Kurang 3 Buah Anka
  • DJI Perkenal Dron FPV Terbaharu, DJI Avata
  • DJI Mini 3, Dron Berprestasi Terbaru Pada Harga Bajet

Bukan itu saja, malah polis juga menemui alat kawalan jauh dron model RC123, 13 bungkusan tembakau dan 41 bungkusan kecil mampat disyaki tembakau, tambah Muhamad Zaki.

Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa menerbangkan dron tanpa permit Jabatan Penerbangan Awam adalah tidak dibenarkan.

Ketiga-tiga lelaki itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Machang pada 19 Disember lepas di bawah Seksyen 58(1) Akta Penjara 1995, Peraturan 140 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1957.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY