Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Pertimbang Ambil Tindakan Ke Atas Awesome TV

GSMA, MCMC dan MMU Luaskan Perkongsian Latihan Meliputi Rantau ASEAN

Diterbitkan Februari 28, 2024 oleh ariff bukhari

Persatuan GSM (GSMA) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Universiti Multimedia (MMU), cabang pendidikan Telekom Malaysia (TM) untuk meneruskan pelaksanaan program latihan kawal selia telekomunikasi atau dikenali sebagai Converged Telecommunications Policy and Regulations (CTPR) Masterclass.

Pemeteraian perjanjian itu disaksikan oleh Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil pada MWC 2024 anjuran GSMA di Barcelona, Sepanyol.

Sejak 2015, ketiga-tiga pihak telah bekerjasama dalam Converged Telecommunications Policy and Regulations (CTPR) Masterclass  untuk profesional telekom di Malaysia.

Menerusi perjanjian baharu ini akan menyaksikan latihan ini diperluaskan ke seluruh rantau ASEAN dengan dijadualkan bermula di Jakarta, Indonesia tahun ini.

Program ini merangkumi 14 modul mengenai perspektif baru muncul dalam dasar dan peraturan, pengurusan spektrum, tadbir urus internet, keselamatan rangkaian dan forensik, hak harta intelek, strategi perniagaan untuk industri telekomunikasi, AI, analisis data besar, arahan baru dalam perkhidmatan digital, rangkaian dan ekonomi digital, dan industri kandungan kreatif, yang akan difasilitasi oleh pakar industri tempatan serta antarabangsa dan pakar bidang dari MMU.

Berkaitan

  • Samsung Perlihat Galaxy Ring Di MWC 2024
  • MWC 2024: OPPO Tayang Prototaip Air Glass 3 Dengan Akses AndesGPT
  • CelcomDigi, U Mobile Akan Kongsi Tapak Rangkaian 4G

Sumber: GSMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY