Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 8 5G Malaysia

realme 8 5G Rasmi Di Malaysia, Pesaing Kepada Redmi Note 10 5G

Diterbitkan Mei 27, 2021 ยท Dikemas kini Mei 27, 2021 oleh Amsyar Latif

realme 8 Pro telah pun dilancarkan di Malaysia sekitar penghujung April yang lalu. Hari ini, realme 8 5G tiba buat pasaran tempatan.

Mengapa peranti ini adalah pesaing kepada Redmi Note 10 5G? Ini disebabkan penawaran spesifikasinya hampir serupa.

Realme 8 5G dikuasakan cip Dimensity 700, konfigurasi memori 8GB RAM dengan DRE technology yang memberikan virtual RAM sebanyak 3GB dan storan dalaman 128GB serta storan tambahan kad mikroSD sehingga 1TB.

Baca juga – Dua Redmi Note 10 Baharu Rasmi, Kekal Harga Mampu Milik

Skrinnya dilengkapi paparan 6.5 inci LCD dengan kadar penyegaran 90Hz. Bateri pula adalah berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

realme 8 5G harga

Beralih pada bahagian kamera, terdapat tiga tetapan lensa belakang dimana 48MP utama, 2MP makro dan 2MP depth. Sementara lensa swafoto pula 16MP.

Baca juga – realme 8 Pro Rasmi Di Malaysia, Harga Sama realme 7

Jualan pertama telefon pintar tersebut bermula tengah malam ini, pada 28 Mei yang berlangsung hanya di Lazada. Ia diletakkan pada harga RM899 tetapi bersempena kehadirannya, RM799 diberikan kepada pelanggan untuk esok sahaja.

Sumber: realme

Foto utama: Facebook realme Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY